~Followers~

Saturday, August 13, 2011

::: Baju Raya :::

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Kali ni nak cerita pasal baju raya la pulak..cerita disebalik baju raya ni,sebenarnya aku terbeli baju ni tanpa tak disengajakan (tak sengaja???) kire tak sengajalah sebab perancangan awal tak nak beli lagi baju raya..ingat nak beli telekung je aritu untuk pakai tarawih malam2..tub tub masa dok sibuk mengusya telekung2 tetiba terpandang pulak satu warna yang memukau pandangan mata ku (cewah skima lak ayat hehehe..)


Serius nork..cantik pulak warna kuning baju tersebut..diseliputi pulak manik2 yang memukau...tak caye??? nanti aku upload pic baju raya tu...


         :::::  Baju raya tahun 2011 :::::

Ha...dah upload dah...amacam???cantik tak???? (cakap cantik cepat!!!!)keh keh keh...dari pandangan mata aku cantik la...tak taw la korangkan..Sebenarnya aku beli baju dengan harga yg saaaaaaangatlah murah daripada harga asal..hehehe...kenapa murah?ni lah nak citer ni..


Nilah yang untungnya badan kecik-kecik molek macam aku ni..aku beli baju ni ikut saiz budak 14 tahun miahahahahah... harga pun harga kanak2lah..miahahahahah....untung RM80 hengget daripada harga dewasa nork...harga sebenar takyahlah bagi tahu...teke2 sendiri sudahlah ye...tapi tudung tak beli lagilah...tapi kalau beli tudung kuning (atas sampai bawah kuning???) dah macam mambang kuning la pulak..(taknak arrrr) ermmm dok pikiaq nak beli tudung yang boleh di matchkan dengan kuning...nanti2lah pikir..lambat lagi pon nak raya..Oklah sampai sini dulu cerita baju raya aku tahun ini..kita jumpa lagi di entry yang seterusnya...
Assalamualaikum............









Friday, June 10, 2011

Hai My Belog Ku

Assalamualaikum...

Rasa lama bebenor tak mengupdate belog...sibok satu hal..kesihatan tak berapa baik pon jd hal gak..
tak taw la sejak kebelakangan ni asik sakit2 je..sejak april lepas sampai sekarang kesihatan asik terganggu..lepas satu2 sakit datang..mula dgn batuk sampai ilang suara..dua minggu lebih suara bertukar..bukan mcm suara ella lagi dah..suara ella tu sedap lagi..tapi aku punya suare dah tak ade bunyik langsung..redha sajelah..ape boleh kita buat..Allah beri kita sakit ade sebabnya..Lepas sembuh dari sakit tekak..kena pulak Chiken Pox..ini yang tak boleh tahan ni..dulu kecik2 taknak kena..dah tua2 ni baru nak kena..azabnye Ya Allah...tuhan jelah yg tahu..ni semua gara2 berjangkit dari kawan opis..ingtkan tak berjangkitlah..akhirnya tewas jugak dgn penyakit ni...masa ni lah aku rasa betul2 menghargai kesihatan yg aku dapat sebelum ni dan menghargai segala makanan yg aku jamah sebelum aku sakit..mana tak nye,berpantang masa kena chiken pox mengalahkan org pantang nak beranak..semua tak boleh mkn..dulu aku bazir2 je makanan yg aku mkn..sekarang tgk org mkn sedap2 aku telan air liur jelah...sampai saat ini sudah hampir dua minggu aku dgn penyakit ni..aku semakin sihat tapi belum seratus peratus sihat..parut2 ni muka dan badan ni tak taw lah berapa lama pulak nak pulih..aku tak kisah dah pasal parut2 ni semua..bg aku semua ni akn kembali sediakala..cuma lambat sikit dan aku kena berubatlah..Semua penyakit yang datang ni bnyak menyedarkan aku dan menginsafkan aku..sesungguhnya mmg ada hikmah di sebalik kesengsaraan yg aku rasa sepanjang kesakitan ini ,yang penting kesihatan aku pulih dan boleh laksanakan tugas aku sebagai seorang pekerja dan paling penting tugas aku sebagai hamba Allah..Amin

Thursday, March 24, 2011

Cendawan Misteri

Assalamualaikum,
          Hari ni cuaca mendung je,seingat aku dari subuh tadi hujan turun sampai sekarang pukul 3.35pm hujan turun tak berenti..(idok ler tak berenti langsung,tapi kejap ujan kejap idok ler),risau pulak rumah tu,dah la baru lepas banjir..tak nak lah banjir lagi..berdoa dari pagi tadi sampai skrg minta-minta air sungai kat belakang rumah tu tak naik..AMIN...penat mengemas aritu pon tak ilang lagi...

          Inilah sebenarnya aku nak kongsikan sedikit,berkenaan cendawan misteri,hehehe..(misteri ke?)tapi agak musykil memikiornye..minggu lepas sekitar perumahan tempat tinggal aku telah dilanda banjir(alamak mcm ayat karangan la pulak?) guna ayat-ayat santai je lah..sambung balik cite ye...hehe..hal banjir ni tak lah menjadi isu sangat tapi nak ditekankan di sini kesan selepas banjir ni..sambung page lain ye..
    
          Semalam bila pulang dari rumah,aku dikejutkan dengan satu tumbuhan yang tumbuh mekar di ruang tamu rumah ku..CENDAWAN? pelik?kenapa boleh tumbuh dia situ?jap aku letak gambor nye...



 
Pelik tak?biasenye cendawan tumbuh dari batang pokok...ni dari batu,dalam rumah aku plak tu? mungkin sebab banjir kelmarin membuatkan cendawan tu subur di situ?entah la...nak pikir-pikir sangat pon sampai dah tak tercapai dek akal ku...tak tanya pulak jiran kat sebelah rumah ade ke cendawan tumbuh kat rumah dorang..malas la nak tanya..bior je la..lepas ni nak pergi cek ape lagi benda yang tumbuh kat rumah tu?jangan hutan belukau tumbuh udah ler..kang jadi mcam citer JUMANJI,hutan tumbuh dlm rumah..lagi lah pelik?

Monday, March 21, 2011

welcome to my blog =): JARI JEMARI KU MENAIP

welcome to my blog =): JARI JEMARI KU MENAIP

JARI JEMARI KU MENAIP

Assalamualaikum,
Lamanye tak mengupdate belog..saat ini ada kelapangan,curi2lah masa sedikit..kalau nak diikutkan banyak benda nak story..tapi masa tak mengizinkan, InsyaAllh ada masa terlebih nanti akan aku penuhkan ruangan belog ini dgn semua cerita yang still pending..
tunggu ya!

Tuesday, February 1, 2011

santai gedik di hari minggu

Sekian lama tak berkaraoke..time ni memang lepas gian la,lebih-lebih lagi aku..pantang je tangan ni bila dah pegang mic tersebut..itu pun tak puas lagi,masa dua jam kalau aku sorang je yang melalak cukup la kot,ni bahagi lima orang,boleh la setakat nak nak basah-basah tekak (basah tekak ke?kering tekak lagi ada).Bolehlah daripada tak ada sebab ni pun makcik aku yang tersayang yang belanja..tenkiu indok muah muahhh

Habis je melalak kitorang go to sik fan(makan)..alamak!lupa nak ambik gambar time makan..hurmmm takpelah yang pasti aku happy time ni dan balik rumah dalam keadaan puas..PUAS? puas melalak miahahhahaha!

Monday, January 24, 2011

filem


Kali ini aku nak bercerita tentang filem,sebab apa?sebab aku baru je lepas menonton filem Khurafat yang diarahkan oleh anak pengarah tersohor Datuk Yusuf Haslam iaitu siapa lagi kalau bukan Shamsul Yusuf.Secara peribadi aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pengarah muda ini kerana berjaya membuat aku menjerit-terjerit di dalam panggung pada hari sabtu lepas.Hmmmm…sebenarnya aku jarang menonton filem-filem melayu kalau di panggung,sebab kebanyakannya tak buat aku rasa tertarik nak tengok,bukan tak sokong filem tempatan tapi kita sebagai penonton mengharapkan satu pulangan yang berbaloi sebab kita membeli tiket dengan duit bukan dapat dengan percuma. Akan tetapi tidaklah dinafikan sudah banyak filem tempatan akhir-akhir ini boleh dibanggakan setaraf dengan filem luar negara,semoga taraf filem tempatan kita dia masa akan datang lebih berkualiti bukan kuantiti yang kita harapkan.

          Bercerita tentang filem Khurafat ni aku nak sharelah sedikit sebanyak pengalaman aku menonton cerita tersebut.Banyak desas desus yang aku dengar berkenaan cerita ini sebelum aku menonton dengan mata kepala aku sendiri,ada yang kata tak seramlah tak logiklah dan ada yang kata seram sampai ada tak sanggup tengok sampai habis sebab takut.Ok pernilaian aku sebagai seorang penonton,khurafat adalah sebuah cerita yang menarik banyak memberi pengajaran tentang amalan-amalan khurafat di mana kita sebagai umat Islam sangat di larang melakukan amalan tersebut,jalan cerita yang senang difahami dan akihir cerita yang sangat menyedihkan sampai kita tak sangka berakhirnya macam tu.

          Disebalik jalan cerita yang menarik aku nak pujilah  idea Shamsul Yusuf mencipta macam mana nak buat penonton menjerit bila setiap kali hantu keluar maknanya hantu keluar tanpa kita sangka  bukan kerana kita dah tahu yang hantu akan  keluar dari kiri ke kanan ke atas ke bawah ke,itulah faktor utama yang membuat penonton akan terkejut bukan berdasarkan muka hantu semata-mata.Sebenarnya  pengalaman aku sendiri sebagai seorang yang suka menonton cerita seram,hodoh mana pun muka hantu tersebut belum cukup untuk buat aku takut tapi macammana hantu tu datang tanpa disangka seperti tiba-tiba pusing kanan dia ada,apalagi menjeritlahkan?macam kita nampak tikus juga,bukan menyeramkan pun rupa tikus tu tapi bila tikus tu datang dengan  tiba-tiba kita akan terkejut dan menjerit.. hahahaha….macam tu lah umpamanya.

           Sebenarnya aku nak menguji diri aku sendiri bila menonton cerita ni sama ada aku boleh menjerit atau pun tidak?jadi  filem Khurafat ni memenuhi citarasa keseraman yang aku inginkan maknanya berjayalah fillem ni,yang melucukan semasa menonton org lain belum menjerit aku dah menjerit dulu tapi bukan jerit dibuat-buat macam orang yang duduk di belakang aku,tak ada hantu pun dia jerit,bila hantu kuar dua tiga minit orang dah habis jerit baru dia nak menjerit…hey tension aku miahahahha…Apa-apa pun tahniah kepada pengarah di atas kejayaan filem khurafat ini,dengar cerita kutipan dah menjangkau  empat juta,kalau tak silaplah.Tahniah Tahniah Tahniah!

Akhir kata majulah filem untuk negara eh!Boleh ke?Boleh lah…..hehehe

Thursday, January 20, 2011

Pindah



          Seingat aku,sepanjang hidup yang telah aku lalui hingga ke hari ini,sudah enam kali aku berpindah randah.Bermula dari zaman kanak-kanak (bawah 4 tahun) aku membesar di flat loke yew kuala lumpur,tak banyak yang aku ingat semasa bermastautin di sana,antara yang  masih aku ingat ialah bila terdengar orang jual kuih dalam bakul sambil menyanyi kuehhhhh kuuuuueh…hahaha..ingat lagi tau,sekarang ni  mana nak jumpa orang yang menjual macam tu? Dan satu lagi ialah tragedi kuku ibu jariku tercabut disebabkan terkepit pintu grill,nakal sangat pintu grill buat main,nak tahu aku main macam mana?aku buat buaian,sekali pintu tu tertutup..memang sedap sampai tercabut habis kuku aku agagagaga!Padan muka aku,sakit tu..tapi macam mana rasa sakit tu aku dah tak ingat..
           
          Bermulalah ceritera  aku di  Sungai Buloh setelah berhijrah  dalam lingkungan  empat tahun.Sejak itu sampailah sekarang aku masih di sini..membesar,tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hinggalah bekerja walaupun bukan menetap di rumah yang sama.Rumah baru  yang  aku dan family tinggal ni bersebelahan dengan rumah nenek,kebetulan di sini adik-beradik abah semua tinggal dalam satu kampung yang sama,sebab itu ikatan aku dengan family sebelah abah agak rapat.Lama juga aku tinggal di rumah ni,ada dalam 17 hingga ke 18 tahun,kenangan pun tak terkira banyak lah,nak ceritakan satu-satu sampai sepuluh muka surat pun takkan habis,bayangkanlah 18 tahun punya cerita?baik tak payah cerita…habis cerita.
           
          Setelah 18 tahun,aku dan family berpindah ke rumah baru,rumah yang dibeli oleh ayah di Damansara Damai,kami berpindah disebabkan kawasan perumahan lama nak dimajukan,jadi satu kawasan yang tinggal di situ terpaksalah berpindah.Tak lama juga aku tinggal di Damansara Damai,agak-agak dalam empat tahun.Inilah pengalaman pertama aku tinggal di apartment,agak membosankan maklumlah dah biasa tinggal di rumah yang ada laman,tapi tak ketara sangat sebab aku bekerja,jadi masa di rumah tak banyak sangat, rasa bosan pun tak adalah sangat. (pasal apa banyak sangat perkataan sangat ni?)
          
          Genap empat tahun (lebih sikit kot) aku dan family berpindah pula di Danau Rebung jenis apartment juga.Kehidupan di situ sama macam tinggal di Damansara Damai,tak banyak perbezaan pun tapi tak lama tinggal di situ, rasa dalam dua tahun sebab rumah tinggi sangat di tingkat empat,mak ayah  tak larat nak turun naik setiap hari(jangan kata mak ayah?aku pun macam nak tercabut kepala lutut turun naik hari-hari agagagaga).Selepas itu kami berpindah di rumah yang ada laman semula,dengarlah  balik bunyi ayam berkokok,bunyi cengkerik sebab kawasan kampung iaitu kampung melayu.Seronok tinggal di sini sebab teringat balik kenangan rumah lama dulu,tak rasa sunyi,belakang rumah ada sungai tapi tak boleh mandilah,kalau tak dah lama aku terjun.
          
          Walaupun seronok tinggal di kampung melayu ni,tapi ade juga yang tak seronoknya,rumah diserang anai-anai,aduyai…sedih bila tengok buku-buku dimakan anai-anai,lukisan-lukisan aku masa sekolah dulu habis,gambar-gambar pun hmmm.. paling menyedihkan lagi almari yang aku beli hasil titik peluh aku yang pertama bukan dimakan tapi dibuat sarang!mahal tu beli seriban lebey (seribu lebih)buang macam tu je huhuhuhu.Akhirnya minggu lepas aku berpindah di rumah baru selepas setahun lebih tingal di rumah yang di serang anai-anai.
           
          Rumah ini baru seminggu aku dan family duduk .Ahad lepas sibuklah kami pindah-pindahkan barang,nasib baik dibantu oleh sepupu sepapat,kuranglah sikit beban,terima kasih sepupu sepapat ku lain kali boleh minta tolong lagi kan kan kan?hehehe..Penat haritu pun tak hilang lagi,barang-barang kat rumah masih tak bersusun.Lepas aku post text ni nak sambung berkemas balik,kain baju nak lipat,perabot nak susun…atoiiii lepas ni pewailah(letih)aku…

Friday, January 14, 2011

Diet owh diet


D


iet……!

          
          Bercerita tentang diet,aku memang fail lah.Kalau nak diet pun semangat di mulut je,bila makanan berada di depan mata,alamat bagai orang mengantuk disorong-sorongkan bantal hehehehe…apa tidaknya?makan adalah satu hobi yang paling best..cuba cakap siapa yang tak suka makan???kalau nak difikirkan?satu family aku memang suka makan,bila berkumpul ramai-ramai tu?ha..tengoklah menu-menu yang terhidang di atas meja?lebih-lebih lagi kalau dah duduk berdua dengan makcik aku yang sorang tu hmmmm…tak boleh nak kata apa dah? Dua-dua sama je perangai,kalau makan memang tak control cun langsung,macam orang tak pernah jumpa makanan?Aduh,gelihati betul bila teringatkan masa kami order makanan,duduk berdua je,order  macam empat ke lima orang makan?buruk lantak ke apa? Tapi kami kisah apa?lantaklah apa orang nak kata,yang makannya kami yang bayarnya punnnn kami…walaupun aku dan makcik punyai tabiat makan yang agak luar biasa tapi kami tetap maintain body…itu yang penting,bila makan dah banyak,bersenam pun mestilah rajin,barulah seimbang.
          
          Masalah kegemukan memang tidak melanda diriku sekarang,sebab aku boleh kawal ,bila rasa badan macam nak naik je,aku rajin-rajinkanlah bersenam,kalau tidak pun aku bersenam dalam tiga kali seminggu,itu minimumlah sebab aku sibuk bekerja,nak buat hari-hari,kemalasan itu sentiasa ada tapi bila fikir senam untuk sihat,paksa juga diri untuk rajin…Orang kata nak cantik bukan senang,ramai orang habiskan duit beribu-ribu untuk kurus,tapi aku Alhamdulillah..tak perlu habis duit,hanya bersenam yang kerap je boleh mengembalikan bentuk badan yang diidamkan,tapi tidak dinafikan ramai orang di luar sana dah bersenam banyak kali  tapi tak kurus-kurus juga,aku pun tak tahu kenapa?apa masalahnya ye?adakah  mereka ini mempunyai lemak tepu yang degil???haiz…itu kena tanya pakar..aku cuma boleh share cara yang aku amalkan je.
           
          Jika sekarang aku tiada masalah kegemukan tapi itu tak bermakna aku tak pernah menghadapi masalah tersebut?Ia terjadi bermula dari zaman sekolah..inilah yang aku nak share,macam mana aku boleh kurus????? Berat badan aku mula naik ketika aku darjah tiga atau empat.Semenjak itu berat badan aku maintain gemuk sampai masuk sekolah menengah,bukan tak terfikir nak kurus masa tu,tapi tak rasa terdesak nak kurus.Semuanya bermula di akhir tingkatan empat,masa tu dah dewasa sikit,otak dah mula berfikir nak cantik,nak bergaya nak melaram dan macam-macam lagilah.
           
          Agak susah bila nak mulakan berdiet,sebab hobi akukan makan?Tapi yang mendorong aku masa tu ialah perasaan malu bila melihat diri sendiri gemuk,memang berkorban betul,ramai jugak yang membatu api bila aku kata nak diet ni,(takyah diet la atipot(nama samaran dalam family)…rugi kalau diet,sedap ni,nanti kempunan..ha!macam tulah kata dorang mengapi-ngapikan aku).Selama dua bulan aku berdiet,berat badan macam tu juga,mana tidaknya?diet tanpa senam?macam mana nak kurus?Lepas itu aku bermula dengan membeli cd erobik..sejak itu hari-hari aku erobik dengan mengikuti langkah-langkah dalam cd tersebut,hari-hari tau?non stop! Tak  pastilah cara aku ni betul atau tak,tapi yang pastinya berat badan mula susut sikit demi sedikit disertai dengan diet..apalagi?aku happy lah..orang pun perasan aku dah mula kurus..ramai juga yang tegur..seronok bukan main tapi masalahnya hobi aku,sampai bila aku mesti berdiet? Tapi aku takut gemuk balik hmmm…
           
          Suatu hari bila terbaca tentang pengambilan makanan seimbang,barulah aku berani untuk makan,maksudnya bukan kita tak boleh makan langsung makanan kegemaran cuma perlu disiplinkan diri,bila banyak makan hari tu,bersenam pun mestilah banyak juga..ingat kerja je boleh overtime?bersenam pun mesti ada overtime juga,itu je caranya untuk kita kekalkan bentuk badan.Bagi yang baru nak bermula untuk kurus memang wajib berkorban banyak dululah tapi bukan tak makan langsung,cuma makan dalam jumlah yang sedikit dan mesti tahu makanan apa yang berkhasiat untuk dimakan.Makanan kegemaran tu lupa-lupakanlah..hehehe…harap paham ye,bukan senang nak cantik…Bila mendapat bentuk badan yang diidamkan barulah boleh kita makan makanan yang kita suka semula,masa tu kita hanya maintainkan je dengan syarat senaman yang kerap. Itulah cara aku gunakan sekarang,bersenam bukan sekadar untuk kurus semata-mata tapi bersenam untuk kesihatan..bila kita rajin bersenam disamping kita mengekalkan bentuk badan, peredaran darah dalam badan pun akan berjalan dengan lancar,badan jadi cergas otak jadi cerdas dan kita boleh berfikir dengan waras.

p/s : Bukan untuk dicontohi tapi untuk berkongsi,jika anda rasa cara ini betul sila ikuti jika tidak jangan ikuti,senangkan???sekian terima kasih.  =)




Wednesday, January 12, 2011

isu debat

Assalamualaikum...
bercerita pasal debat teringat aku ketika menasihati rakan ku yang tengah frust menonggeng apalagi kalau dah frust menonggeng tu???kalau tak putus cinta...rakan ku yg bernama enot(bukan nama sebenar)dua tiga hari kebelakangan ni status beliau semua berunsur patah hati,kecewa,sedih dan bla bla bla...

aku ni bukan la pandai sgt nak advice org ni tapi dlm hal rakan2 ni tak pandai pon aku pandai2 kan jugak sbb tak suka tengok kaum wanita ni seperti dah hilang nyawa kalau ditinggalkan kekasih...mulalah tercetus isu wanita boleh hidup tanpa lelaki...kebetulan ade pulak kaum adam bernama seman(bukan nama sebenar)yang terbaca isu itu..apelagi?memberi pendapat tak setuju dgn isu itu,mcm2 lah si seman ni menegakkan yg lelaki ini lah itu lah..tak perlu lah aku terangkan butir2 perdebatan kami...sbb isu ni mmg agak sensitif..

tujuan aku mencetuskan isu wanita boleh hidup tanpa lelaki hanya nak menaikkan semangat rakan ku yg tengah sedih ditinggalkan kekasih..supaya dia bina hidup baru jgn sbb lelaki semua kerja tak jadi,kenapa perbodohkan diri hnya kerana lelaki..bukan nak memburukkan lelaki,sbb lelaki tak semua nye buruk dan wanita tak semuanya baik...dalam erti kata lain...tiada kesempurnaan kita sebagai manusia ni sama ada lelaki atau wanita..yang sempurna nya Tuhan..

hehehe..tapi isu itu telah ditamatkan dgn damainye...buat ape nak gaduh2pasal ni kan..kita sama2 saling memerlukan dalam dunia ni...kalau tak takkan Tuhan ciptakan Adam dan Hawa..maknanye kita ni saling melengkapi..

ermmm...rakan ku yang bernama enot itu,sekarang pon dah bertambah ok lah emosinye..dah boleh gelak2 lawak2..happy aku melihatnye..haizzzz...kadang2 terpikir juga aku...kalau aku putus cinta macam mana pulak jadinye ye...semoga aku kuat menempuh ape jua dugaan hidup dalam kehidupan ni..InsyaAllah